Berikutan susulan perbincangan diantara Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama pihak penawar jalur lebar, Telekom Malaysia pada hari ini telah mengumumkan harga terbaru buat para pengguna Unifi.

Melalui sidang media yang berlangsung, Unifi 30Mbps dikatakan akan ditawarkan pada harga dibawah RM100 berbanding RM179 ketika ini. Potongan sebanyak 40% ini dikhususkan buat golongan isi rumah B40.

TM-UNifi-30-mbps-2
Sumber: Amanz

Penawaran pelan terbaru ini bakal ditawarkan seawal 15 Julai ini. Dalam pada itu, difahamkan pelan harga rendah ini mungkin tidak akan disertakan bersama Unifi TV.

Selain itu, pakej Unifi Turbo bakal ditawarkan bermula 15 Ogos ini khusus buat para pelanggan Unifi semasa dengan harga RM199 sebulan. Pakej ini dikatakan bakal menawarkan internet dengan kelajuan antara terpantas di Asia Tenggara.

Pihak Telekom Malaysia dikatakan akan berkongsi dengan lebih lanjut termasuk tawaran buat pelanggan Streamyx mengenai pelan dan harga terbaru internet yang ditawarkanpada 12 Julai ini.

Sumber