Selepas lama dinanti pengguna unifi, akhirnya TM pada hari ini telah mengumumkan pakej terbaru dengan menawarkan internet dengan kelajuan yang lebih tinggi terdiri daripada pelan internet 500Mbps dan 800Mbps.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan TM, kedua-dua pakej ini ditawarkan dalam bentuk naik-taraf kepada pelanggan sedia ada serta mulai dibuka kini untuk pendaftaran pengguna baru.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Screen Shot 2020-08-25 at 10.10.07 AM

Screen Shot 2020-08-25 at 10.10.00 AM

Menyoal dari segi harga langganan bulanan, unifi 500Mbps sedia ditawarkan pada harga RM309 manakala 800Mbps pula pada harga RM409 sebulan. Dalam pada itu, sempena promosi yang sedang berlangsung, para pengguna berpeluang mendapatkan harga langganan unifi 500Mbps dengan harga RM249 sebulan dan 800Mbps pada harga RM349 sebulan.

Langganan buat kedua-dua pakej ini turut ditawarkan dengan unifi TV serta dua Mesh Wifi secara percuma. Buat anda yang berminat dengan pakej terbaru daripada unifi ini anda boleh klik di sini.

Sebelum ini unifi telah menawarkan promosi unifi home dimana para pengguna berpeluang menguji secara percuma sehingga 30 hari.

Pelan Unifi Home Kini Boleh Diuji Secara Percuma Selama 30 Hari

Platform Baru unifi Ini Boleh Bantu Persiapan Raya Anda! Ramadan Tetap Ramadan, Raya Tetap Raya

Anda Mungkin Suka