Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak beberapa hari terakhir ini, dapat dilihat orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial mengenai prestasi internet daripada rangkaian unifi yang dikatakan agak perlahan berbanding hari kebiasaan.

Melihat kepada jumlah respon yang ramai, Telekom Malaysia tampil mengeluarkan komen rasmi mengenai isu ini dimana terdapat masalah gangguan kerosakan kabel Malaysia melalui Mersing ke Singapura, Hong Kong dan juga San Jose, Amerika Syarikat.

150422unifibag-1

Kabel-kabel ini dikatakan menawarkan sambungan antarabangsa ke sejumlah besar perkhidmatan berasaskan internet di Hong Kong dan Amerika Syarikat. Kerosakan kabel nyata memberi kesan kepada pengguna di Malaysia untuk mengakses internet dengan lancar.

Setakat ini usaha membaik-pulih sedang dijalankan manakala pihak TM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tempoh membaik-pulih akan selesai sepenuhnya.

Ketahui tiga cara pengguna unifi boleh dapatkan Wi-Fi yang lebih baik. Turut dikongsikan, kelebihan unifi Plus Box yang murah dan berbaloi buat anda sekeluarga.

3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik

Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga

Anda Mungkin Suka