Pada ketika ini, hanya TIME sahaja yang menawarkan pelan internet fiber berkelajuan 2Gbps. Dengan keperluan semasa untuk mendapatkan akses internet pantas bagi urusan seharian, tidak hairanlah jika unifi turut mahu menawarkan pelan internet fiber sedemikian dalam masa terdekat ini.

unifi sudah pun menyediakan halaman khas bagi menerima pendaftaran pelanggan yang berminat. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pengenalan atau pun harga untuk pelan baharu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laman khas tersebut, unifi dilihat menggunakan perkataan “Ultra” yang mana mungkin merupakan nama untuk pelan mereka kelak. Pada hari ini, unifi menawarkan dengan kelajuan paling tinggi 800 Mbps dengan harga langganan RM299 sebulan.

Sementera pesaing terdekat mereka iaitu TIME sudah pun menawarkan pelan internet fiber 2Gbps pada harga RM379 sebulan namun masih terhad untuk beberapa lokasi sahaja. Jadi, sama-sama kita nantikan pengenalannya kelak dan berharap harga lebih berbaloi serta mempunyai liputan yang meluas.

Sumber