Berikutan susulan perbincangan diantara Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama pihak penawar jalur lebar, Telekom Malaysia pada hari ini telah mengumumkan pakej terbaru buat para pelanggan.

Melalui sidang media yang berlangsung, pakej Unifi basic 30Mbps telah diperkenalkan dengan harga bulanan serendah RM79 sahaja. Potongan sebanyak Rm100 berbanding pakej sebelum ini dikhususkan buat mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,500 dan kebawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
unifi-basic-plan-650×366
Sumber: Amanz

Penawaran pelan terbaru ini bakal ditawarkan seawal 15 Julai ini. Dalam pada itu, difahamkan pelan harga rendah ini mungkin tidak akan disertakan bersama tanpa perkhidmatan telefon, Unifi TV dan beserta 60 GB kouta data.

Sekiranya anda tidak banyak menggunakan internet yang menelan jumlah kouta yang tinggi, mungkin ini pakej yang sesuai untuk anda sebaliknya anda dicadangkan untuk mengambil pakej lain yang ditawarkan Unifi.

Sumber