Jika sebelum ini Unifi Mobile pernah melancarkan pek Jasa bagi menghargai para guru, kini pakej ini diluaskan lagi kepada seluruh penjawat awam di Malaysia.

Menariknya pakej ini ditawarkan dengan panggilan, SMS serta data tanpa had dengan harga serendah RM59 sebulan. Menurut TM, pakej ini cuma ditawarkan buat masa terhad bermula 18 Julai sehingga 31 Disember 2019 dimana para penjawat awam boleh mendapatkannya dengan mendaftar di laman web Unifi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Pek Jasav
Sumber: Twitter @unifi

Beberapa dokumen mengesahkan anda sebagai penjawat awam antara yang diperlukan manakala tempoh proses dapat diselesaikan dalam 48 jam. Sekiranya semuanya selesai, sim kad Unifi Mobile bakal tiba di rumah anda tanpa sebarang caj.

Pakej ini turut hadir dengan LTE hotspot dengan kuota 10GB secara percuma. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mahukan jumlah kuota hotspot yang lebih, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM8 untuk 500MB.

Sumber