Nampaknya satu lagi inisiatif yang dilakukan TM bagi menarik lebih ramai pengguna untuk mencuba pelan internet telco unifi Mobile. Berdasarkan pelan terbaru, unifi Mobile yang sebelum ini dikenali dengan nama Webe telah menawarkan pelan internet tanpa had buat para pengguna.

Dalam pada itu pelan internet tanpa had ini cuma ditawarkan sekiranya anda mengakses internet menggunakan rangkaian LTE. Oh ya, pelan internet yang ditawarkan ini hadir dalam bentuk jam, hari dan juga mingguan dimana anda boleh mendapatkannya serendah RM3 bagi 2 jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
180413unifimobileunlimited01
Pengguna berpeluang mendapatkan pelan data melalui aplikasi unifi mobile. Sumber: Lowyat

Lebih menyukarkan pengguna, terdapat pelan yang ditawarkan hanya untuk rangkaian LTE sahaja. Dalam erti kata lain, sekiranya anda berada di kawasan yang menerima rangkaian LTE yang tidak stabil, kuota internet anda mungkin dipotong berikutan penggunaan rangkaian 3G.

Buat anda pengguna unifi Mobile yang ingin mendapatkan kelajuan internet tanpa had dalam masa yang singkat, mungkin ini pelan terbaik untuk anda. Berdasarkan pelan terbaru yang ditawarkan unifi Mobile ini, mampukah telco ini memberi saingan sengit kepada Maxis, Celcom dan Digi?

Sumber