Telekom Malaysia sedia menawarkan tambahan sejumlah peranti bersama penawaran pakej unifi 800Mbps dan beberapa yang lain termasuk tablet dan televisyen.
Menariknya, TM bermula hari ini turut menawarkan konsol popular, PlayStation 5 Edisi Digital bersama-sama langganan pelan Unifi 800Mbps. Pengguna boleh mendapatkan konsol PS5 ini pada harga tambahan RM119 sebulan.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
Melalui semakan terkini, pengguna perlu menambah semua penawaran Unifi dibawah satu pakej untuk layak mendapatkan PlayStation 5 ini, iaitu termasuk Unifi 800Mbps, Unifi Mobile (Postpaid 65), dan juga Unifi TV.
Hal ini sekaligus membawa kepada keseluruhan harga yang perlu dibayar setiap bulan iaitu RM523. Langganan perkhidmatan Unifi tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan.
Unifi menawarkan PlayStation 5 Edisi Digital bersama berkas God of War, serta tambahan alat kawalan DualSense bersama penawaran ini. Buat peminat konsol ini, anda bolehlah pertimbangkan pakej ini yang mana datang bersama internet berkelajuan 800Mbps yang sangat bagus untuk gaming.