Satu tawaran baharu unifi telah beredar di dalam talian. Namun apa yang menjadi tanda tanya adalah mengapa Unifi tidak mengumumkan tawaran baharu ini kepada umum.

Tawaran baharu ini menyediakan perkhidmatan dengan harga serendah RM39.00 sebulan. Sebagai perbandingan, yuran bulanan terendah untuk pelan Unifi buat masa kini adalah RM79.00 untuk perkhidmatan 30Mbps dengan kuota bulanan 60GB.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

unifi-deal-june2020-01

Di bawah perjanjian baharu, pelanggan boleh mendapatkan pelan unifi 100Mbps dengan harga bermula RM79.00 sebulan berbanding dengan harga standard RM129.00. Manakala pelan, 300Mbps ditawarkan pada harga RM149.00 sebulan, di mana RM50.00 lebih rendah daripada yuran bulanan iaitu RM199.00.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Forum Lowyat.Net, perjanjian ini tidak diumumkan secara meluas oleh TM kerana ia ditawarkan kepada pelanggan terpilih.

Jika dilihat daripada tajuk poster yang menyatakan ‘“we miss being the bridge that keeps you connected”, ia nampaknya menguatkan lagi bahawa promosi ini disasarkan kepada bekas pelanggan unifi yang telah lari menggunakan perkhidmatan lain.

Manakala seorang pengguna Twitter @mAAdJimi telah berkongsi ciapannya bersama dengan pasukan sokongan pelanggan Unifi, di mana mereka telah mengesahkan bahawa perjanjian di atas mensasarkan pelanggan perkhidmatan jalur lebar lain.

Untuk bacaan lanjut mengenai perkhidmatan Unifi, klik pautan di bawah untuk membaca.

Pelan Unifi Home Kini Boleh Diuji Secara Percuma Selama 30 Hari

Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga

3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik

Anda Mungkin Suka