Masih ingat dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peningkatan kelajuan internet di Malaysia? Kini TM turut mengulas dengan lebih lanjut serta menyediakan promosi istimewa buat pelanggan baru.

Bermula satu Januari 2017, kesemua pelanggan UniFi dan Streamyx akan menerima penaiktarafan ke pelan lebih pantas sehingga dua kali ganda kepantasan pelan semasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelanggan UniFi Advance Plan 30 akan dinaik taraf ke Advance Plan 50 manakala Pelanggan Advance Plan 50 plan pula akan dinaiktaraf ke Pro Plan 100.

Buat anda yang berminat serta masih belum melanggan dengan pakej UniFi, tawaran masih terbuka sehingga akhir bulan ini. Pihak TM turut menawarkan promosi ketika ini dimana Pakej UniFi Advance Plan 30 cuma ditawarkan pada harga RM179/sebulan.

Bagi Pakej UniFi Advance Plan 50 pula ditawarkan dengan harga RM229.Kedua-dua pakej ini layak untuk menerima peningkatakan kelajuan internet bermula tahun hadapan. Oh ya, khas buat pelanggan baru, anda juga berpeluang untuk mendapat tiket untuk ke Old Trafford dibawah tajaan TM.

Sumber