Sebuah lagi info telah diumumkan pihak TM pada hari ini khususnya buat pelanggan Unifi sedia ada. Melalui akaun rasmi Unifi di Twitter, pihak TM mengumumkan pelan Unifi Turbo yang ditawarkan buat pelanggan Unifi sedia ada bakal ditingkatkan kelajuan menjadikan antara yang terlaju di Asia Tenggara.

Difahamkan peningkatan kelajuan sehingga 10 kali ganda antara yang dijangkakan. Lebih menarik, peningkatan kelajuan ini tidak akan dikenakan cas tambahan buat para pengguna.

Pihak TM bakal memberi pendedahan secara penuh pada 12 Julai ini manakala peningkatan kelajuan ini bakal ditawarkan pada 15 Ogos buat para pelanggan. Sama-sama kita nantikan ‘hadiah’ daripada pihak TM ini.