Bangun pagi dan nikmati keindahan kebiruan air laut sambil ditemani aingin sepoi-sepoi bahasa pasti buat hari anda menjadi lebih gembira. Mana tidaknya, sudah letih bekerja, inilah saatnya untuk rehatkan badan dan minda.

Snorkeling merupakan aktiviti wajib setiap kali anda bercuti ke pulau tetapi apa kata anda cuba sesuatu yang unik. Pernah atau tidak anda cuba bermain badminton di lautan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedengaran agak pelik tetapi The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang menawarkan anda satu pengalaman luar biasa iaitu bermain badminton di lautan. Difahamkan , resort itu berkolaborasi dengan Malaysia Badminton Experience tampil dengan ‘Shuttle at Sea’.

Pastinya bermain badminton di laut akan memberikan cabaran untuk anda kerana perlu kawal kekuatan ketika smash dan lain-lain tetapi tetap berikan anda keseronokkan.

Buat anda yang ingin serlahkan bakat atau bersuka-ria bersama rakan dan keluarga dengan bermain badminton di laut, anda boleh membuat tempahan di sini. Adakah anda teruja untuk mencubanya?

Apa kata anda cuti-cuti Malaysia bagi merancakkan sektor pelancongan negara. Klik pautan di bawah untuk ke destinasi menarik di Malaysia.

Wanita Ini Kongsi ‘Day Trip’ Dengan Bajet RM64 Ke Pulau Kapas Yang Pasti Buat Anda Teruja

Lokasi Cantik Bagai Di Maldives, Gadis Ini ‘Enjoy’ Bercuti Di Malaysia Sahaja

3 Lokasi ‘Rahsia’ Kedai Makan Sedap Tepi Sungai Di Sekitar Selangor