Sebut mengenai Lexis Hibiscus yang bertempat di Port Dickson pastinya orang ramai cukup tahu di mana lokasi ini menjadi tempat buat orang ramai khususnya para keluarga bercuti sambil menikmati pemandangan yang ditawarkan. Kerap menawarkan promosi antara yang membuatkan lokasi ini menjadi pilihan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat sebuah iklan mengenai Lexis Hibiscus menerusi perkongsian Facebook Muhammad Ishaq di mana sebuah bilik yang bertempat di lokasi percutian ini sedia untuk dijual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hadir dengan harga lelong RM549,000, bilik mewah berkeluasan 872 kaki persegi ini merupakan hartanah jenis leasehold sehingga tahun 2110 di mana para pemilik baharu memiliki sekitar 87 tahun lagi. Maintenance fee antara yang dikenakan buat pemilik iaitu sebanyak RM560 sebulan.

Selain itu, para pembeli turut berpeluang menyewanya semula kepada pihak hotel dengan pengagihan keuntungan sebanyak 75% pihak pemilik atua pembeli dan 25% lagi bagi pihak hotel.

Berdasarkan perkongsian ejen hartanah pada ruangan komen, beliau memaklumkan hartanah ini merupakan milik individu dan bukannya pihak hotel.

Anda yang berminat untuk menginap atau melabur di Lexis Hibiscus sebagai aset dalam menjana pulangan boleh berhubung dengan ejen hartanah ini dalam mendapatkan hartanah yang unik di Malaysia ini.