Pada tahun 1899, 1900, 1901 dan 1910, sekumpulan pelukis termasuk Jean-Marc Côté telah menghasilkan satu siri gambar bersifat futuristik yang mempamerkan imaginasi mereka tentang kehidupan dan teknologi di Perancis pada tahun 2000.

Ia asalnya kad kertas yang dilampirkan bersama kotak rokok, dan kemudiannya diterbitkan di dalam bentuk poskad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekurang-kurangnya terdapat 87 kad yang dihasilkan oleh beberapa orang pelukis Perancis untuk 1900 World Exhibition di Paris. Tapi oleh kerana masalah kewangan, ia tidak diedarkan. Kemudian Isaac Asimov, penulis sains fiksyen menampilkan beberapa gambar tersebut di dalam buku Futuredays: A Nineteenth Century Vision of the Year 2000 pada tahun 1986.

Lihat dan hayati apa yang mereka fikirkan tentang zaman kita kini. Adakah ia menepati jangkaan orang 116 tahun dahulu?

Skype atau panggilan video 3G

Hampagas

Televisyen

Helikopter

Mesin untuk perladangan

Mesin untuk penternakan

Kenderaan perang

Konsep rumah bergerak

Ini pula antara idea dan imaginasi yang belum menjadi kenyataan pada tahun 2000.

Mungkin anda tertawa semasa melihat gambar-gambar tersebut. Ia mungkin nampak kelakar tetapi tak mustahil satu masa nanti ia akan berlaku.

Apakah imaginasi anda tentang kehidupan pada 100 tahun yang akan datang pula?

Menarik dicatat atau dilukis imaginasi kita tentang masa depan untuk rujukan generasi akan datang.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram