Pada selasa lepas Unilever telah mengumumkan mereka bakal memasuki pasaran pisau cukur dengan mengambil alih Dollar Shave Club.com (DSC).

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Sebagaimana yang telah disiarkan oleh Fortune.com, Unilever UK telah membayar sebanyak USD1 billion bagi mengambil alih syarikat yang berpengkalan di Santa Monica, California ini.

Pengambil alihan ini juga merupakan salah satu yang terbesar di pasaran e-dagang pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan DSC akan menyertai Unilever bersama portfolio jenama penjagaan diri popular lain termasuk Dove dan Axe.

dollar-shave-club-3

Menurut Fortune juga, Micheal Dubin yang merupakan CEO dan pengasas DSC akan kekal menerajui Dollar Shave Club sebagai sebuah syarikat entiti bebas yang beroperasi dan menjual pisau cukur secara terus kepada pengguna dan pelanggan mereka di atas talian.

Pengambil alihan ini juga secara langsung akan membantu mengembangkan lagi pasaran Dollar Shave Club ke lebih banyak negara dan diwaktu yang sama meningkatkan keupayaan pengedaran di pasaran sedia ada. Pada ketika ini pasaran DSC adalah di 3 buah negara.

Pada tahun-tahun sebelum ini, DSC telah berjaya mendapatkan dana berjumlah USD160 juta, dan yang terbaru (sebelum pengambil alihan ini) adalah pada November tahun lepas berjumlah USD539 juta.

Pada pusingan ‘seed round funding’ pembiayaan dana telah diketuai oleh Forerunner Ventures. Manakala bagi pusingan Series A dan Series B pula diketuai oleh Venrock.

2 pusingan berikutnya telah diketuai oleh Technology Crossover Ventures.

dollar-shave-club-2

Bloomberg pula melaporkan, memetik blog post David Pakman yang merupakan rakan kongsi di Venrock dan pelabur awal yang menulis tentang DSC selepas perjanjian itu diumumkan secara rasmi pada hari Rabu, David Pakman berkata beliau tidak pernah melihat DSC sebagai sebuah syarikat e-dagang.

Kuncinya adalah bagaimana DSC membina hubungan dengan pelanggan mereka yang terdiri daripada kaum lelaki dengan menawarkan pilihan alternatif kepada pisau cukur berharga lebih mahal yang dijual dan ditawarkan oleh Gillette dan Schick.

Kenyataan di atas telah disokong oleh Sucharita Mulpuru, seorang penganalisis di Forrester Research. Menurut Suchita, apa yang telah dibangunkan oleh DSC adalah sangat unik dan menarik.

Baca: 12 Startup Bermula Dari Garaj Kini Menguasai Pasaran Dunia

Dollar Shave Club pada awalnya merupakan startup yang berjaya mengganggu (disrupt) industri dan pasaran pisau cukur sedia ada dengan menawarkan perkhidmatan melanggan dan menjual pisau cukur semurah USD3 sebulan (termasuk caj pos dan perkhidmatan).

Menurut Bloomberg juga, nilai yang dibayar oleh Unilever bagi pengambil alihan ini 5 kali ganda lebih tinggi daripada jumlah keuntungan yang dijangkakan oleh DSC bagi tahun ini.

Nilai yang dibayar ini adalah bagi jenama dan juga ‘customer-relationship skills’ yang dimiliki oleh syarikat e-dagang ini.

Di awal penubuhan Dollar Shave Club iaitu pada bulan Mach 2012, syarikat e-dagang ini memuat naik ke YouTube video pertama mereka yang menampilkan pengasasnya iaitu Michael Dubin dengan mesej pisau cukur mereka sangat bagus hingga boleh digunakan dengan selamat oleh kanak-kanak.

Video tersebut berjaya menjadi viral dan ditonton sebanyak 23 juta kali hingga menyebabkan laman web DSC sesak dengan pelawat. Mereka berjaya menjual kesemua pisau cukur dalam masa 6 jam.

Jika anda belum pernah dengar tentang DSC, video pertama mereka ini mungkin boleh buat anda tersenyum. Tak perlu pakai model berbayar, cukup hanya jadikan pengasasnya sebagai model dan kini mereka semakin berkembang dan membesar.

Baca lagi: Pengasas TheLorry Dedahkan Kegagalan Startup Pertama

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group