Selepas umum koleksi khas bersama Ultraman, Uniqlo bakal melancarkan pula koleksi khas bersama siri robot ternama Jepun, Gundam sempena ulang tahun ke-40 franchise tersebut.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Uniknya koleksi kali ini adalah anda akan menerima patung gunpla Gundam secara percuma. Terdapat dua model edisi terhad yang boleh dipilih; Gundam RX-78-2U dan MS-06SU Zaku II menggunakan skema warna ikonik Uniqlo iaitu merah dan putih.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

unigun 2

unigun1

Gundam Tshirt

8 corak berbeza untuk koleksi Uniqlo x Gundam

Syaratnya? Anda perlu membeli minimum 2 helai baju untuk menerima gunpla Gundam anda. Tidak pasti sama ada gunpla ini akan diberikan secara random (Gundam atau Zaku) atau anda perlu membeli beberapa helai untuk mendapat kedua-duanya sekali.

Sehelai baju Uniqlo UT x Gundam ini berharga RM59.90 dan akan mula dijual Isnin depan (13 Julai 2020) di dalam talian serta butik Uniqlo berhampiran anda.

Ini pula perkongsian pengasas Les ‘Copaque tentang bagaimana proses terhasilnya watak Ultraman Ribut untuk siri kartun Upin & Ipin. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Tuah ‘Partner’ Perlekeh Upin & Ipin, Haji Burhanuddin Kongsi Perjalanan Terhasilnya Ultraman Ribut

Uniqlo Bakal Lancar Koleksi Khas Bersama Ultraman April Ini

Uniqlo Mula Jual Penutup Muka Boleh Basuh Selepas Terima Permintaan Tinggi