Uniqlo terus mendominasi pasaran pakaian di Jepun dengan servis terbaru mereka ini. Pelanggan boleh membuat pesanan secara online dan ianya boleh dihantar ke 5,700 lokasi 7-Eleven di sekitar Tokyo, Chiba, Kanagawa, dan Saitma.

Cara ini sedikit sebanyak membantu sekiranya anda tidak mahu ambil risiko barangan anda hilang ketika parcel anda tiba di rumah kediaman. Servis ini relevan di Jepun kerana kebanyakkan mereka menggunakan public transport untuk ke tempat kerja. Sambil mereka pulang ke rumah, mereka boleh singgah ke 7-Eleven berdekatan untuk ambil barangan yang mereka beli secara online di Uniqlo.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Servis ini hanya disediakan di Jepun buat masa ini. Ada ura- ura mengatakan servis ini akan turut dilancarkan di negara yang lain pada masa akan datang.

Jadi apa kata anda? Sambil anda singgah untuk membeli Slurpee, anda ambil baju kemeja ‘flannel’ yang anda sudah tempah di Uniqlo. Jimat masa dan tenaga.

japan

Anda Mungkin Suka