Musim perayaan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Pastinya umat Islam sedang berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian raya buat anak-anak dan keluarga untuk digayakan pada hari bahagia nanti.

Namun, terdapat mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang mahukan suasana pembelian yang bebas daripada sesak ketika membeli belah, lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, Uniqlo mengambil kesempatan ini dengan menawarkan sekali lagi koleksi baju Melayu yang hadir dengan dua jenis rekaan kolar dengan 5 pilihan warna yang menarik dengan kualiti kain yang tahan kedut dan cepat kering.

Baju Melayu Uniqlo vckt

Baju Melayu Uniqlo vckt

Menariknya, kedua-dua rekaan baju Melayu ini mempunyai 86 peratus material kapas yang membolehkan pengguna menjaganya dengan sangat mudah.

Koleksi baju Melayu Uniqlo ini dijual dengan harga RM129.90 dengan pelbagai saiz bermula daripada saiz S sehingga saiz XXL. Untuk mendapatkan koleksi baju Melayu Uniqlo ini, anda boleh ke laman rasminya disini.