Sekiranya anda masih belum membeli baju raya dan merancang untuk membeli, Uniqlo ada hasilkan koleksi khas untuk anda segak bergaya di hari raya.

Ini merupakan tahun ke-4 Uniqlo menghasilkan koleksi baju Melayu khas. Terdapat dua rekaan boleh dipilih; baju melayu berkolar atau tanpa kolar dengan 4 pilihan warna untuk setiap rekaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baju Melayu Uniqlo ini akan memastikan keselesaan berpanjangan buat anda kerana hadir dengan teknologi quick dry dan menggunakan fabrik tidak mudah kedut supaya anda kelihatan segak sepanjang hari.

Uniqlo hanya menawarkan baju dan tiada set bersama seluar untuk koleksi ini. Setiap baju dijual pada harga RM129.90. Jika ia buatan Uniqlo, kami yakin dengan kualiti dan keselesaannya. Anda boleh membuat pembelian di sini.

Untuk wanita pula, tiada baju kurung atau kebaya dihasilkan Uniqlo tetapi koleksi khas Uniqlo x Hana Tajima ini mungkin sesuai untuk disarung sepanjang hari raya ini. Koleksi Uniqlo x Hana Tajima akan dilancarkan di pasaran pada 15 Mei 2020.

Koleksi Vans x kide baharudin dilaporkan hampir sold out selepas mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Baca lagi tentangnya pada artikel di bawah.

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Taehyung BTS Pakai Baju Melayu Pemberian Peminat Dari Malaysia

Ucap Salam Ramadan, Peminat Teruja Lihat Spongebob Dan Patrick Berbaju Melayu