Pandai juga Uniqlo buat baju yang kena selera orang tempatan. Untuk koleksi mereka yang terbaru, Uniqlo melancarkan dua model baju Oxford iaitu satu model collarless dan satu lagi stand collar.

Menarik tentang baju Oxford ini adalah persamaannya dengan baju Melayu tradtional kita cuma bezanya, tak ada dua poket di bahagian bawah. Ianya diperbuat daripada kain cotton lembut yang pastinya sangat sesuai dipakai di Malaysia. Siapa yang biasa beli di Uniqlo, pasti tahu kualiti barangan jenama ini.

Malangnya baju ini keluar lambat seminggu(atau ramai yang tidak tahu) sempena Hari Raya Aidil Adha tempoh hari. Kalau tidak, pasti ramai yang memakai persalinan Uniqlo ini di pagi hari raya. Tetapi tidak mengapa. Anda boleh membelinya di mana-mana butik Uniqlo atau secara atas talian di sini pada harga RM129.90. Padankan baju Oxford ini dengan seluar Jogger Uniqlo, anda sudah tampil bergaya untuk ke mana-mana acara.

Uni1

Collar less

Uni2

uni3