Just in time bulan Ramadhan yang akan tiba dua hari lagi, Uniqlo Malaysia nampaknya melancarkan koleksi baju melayu untuk anda pakai di hari raya nanti.

Koleksi ini hadir untuk wanita dan lelaki; untuk koleksi wanita berada di bawah koleksi Hana Tajima. Jika anda peminat jenama Uniqlo, sudah pasti anda tahu kualiti baju Uniqlo dan koleksi ini tidak terkecuali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk baju melayu lelaki, terdapat dua jenis rekaan kolar yang boleh dipilih dengan 5 pilihan warna.

Uniqlo Melayu 5

Uniqlo Melayu 1

Uniqlo Melayu 2

Uniqlo Melayu 3

Uniqlo Melayu 4

Harga untuk koleksi ini bermula dari RM129.90 hingga RM199.90 bergantung kepada jenis baju yang anda suka. Untuk koleksi penuh, anda boleh tekan di sini untuk membeli.

Kalau rasa malas untuk bersesak cari baju melayu di jalan TAR hari raya ini, order sahaja secara atas talian. Terus sampai di depan rumah anda.