Hari ini merupakan hari pelancaran edisi kolaborasi khas Uniqlo x KAWS. Menjadikan koleksi ini paling dinantikan peminat adalah ini merupakan koleksi kolaborasi terakhir antara Uniqlo dan KAWS.

Nampaknya penangan edisi terakhir KAWS ini sangat hebat kerana hampir semua butik Uniqlo di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, Fahrenheit88 dan Kota Kinabalu diserbu peminat setia KAWS sejak 10 pagi tadi. Ada yang sanggup berbelanja sehingga lebih RM1,300 untuk membeli pakaian serta tote bag Uniqlo x KAWS ini!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kaws 0

kaws 3

kAWS 1

kaws 5

kaws 6

Untuk mengetahui model mana yang paling ‘panas’ dan laku seperti pisang goreng, anda boleh jadikan aplikasi Uniqlo Malaysia sebagai reference. Ada tiga rekaan yang sudah ‘out of stock’ dan bakal mempunyai harga di kemudian hari. Ada rekaan yang sudah dijual pada harga RM100 ketika ini (harga asal adalah RM59.90).

Buat anda yang mungkin belum pulang ke kampung halaman, masih sempat untuk ke cawangan Uniqlo berdekatan anda untuk mendapatkan baju atau beg dalam koleksi ini. Boleh pakai untuk pergi beraya nanti.