Selepas dunia mula menyesuaikan diri dengan pandemik COVID-19, Uniqlo antara jenama terbaru yang turut menghasilkan penutup muka boleh dibasuh, AIRism Masks.

Uniqlo mula menghasilkan topeng muka ini selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan penutup muka ini diperbuat daripada kain 3-lapisan AIRism yang mempunyai ketahanan 99% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Penutup muka ini juga dikatakan dapat menyekat water droplets, partikel bakteria serta debunga.

uniqlo mask 3

uniqlo mask 4

Bahagian dalam penutup muka ini pula diperbuat daripada fabrik khas yang lembut untuk menjamin keselesaan berpanjangan kepada para pengguna. Fabrik AIRism ini terbukti selesa untuk dipakai dan digunakan Uniqlo untuk menghasilkan pakaian dalam.

Topeng muka ini dijamin tahan untuk digunakan sehingga 20 cucian. Uniqlo sedang menghasilkan 500,000 keping topeng muka seminggu dan akan dijual di Uniqlo Japan terlebih dahulu dengan harga ¥990 (~RM40). Nantikan pengumuman daripada Uniqlo Malaysia bila penutup muka ini akan mula dijual di negara kita.

Sebelum ini adidas turut menghasilkan penutup muka yang boleh dibasuh tetapi sold out dalam masa sehari sahaja. Baca pada pautan di bawah.

adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai

WHO Nasihatkan Orang Ramai Agar Memakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Nike Akan Hasilkan Pelindung Muka Khas Untuk Tangani COVID-19 Di Amerika Syarikat

Sumber