Fast Retailing selaku syarikat induk bagi syarikat Uniqlo baru-baru ini telah melangsungkan sebuah atur cara dalam memperkenalkan rangkaian produk terbaru mereka seiring dengan visi syarikat dalam menawarkan pakaian yang lebih simple, berkualiti serta mesra alam.

Menerusi produk terbaru yang diperkenalkan, Fast Retailing memfokuskan kepada usaha untuk mengurangkan pelepasan CO2 dalam membantu dunia yang lebih bersih serta mengurangkan kesan kepada pencemaran. Malah, syarikat ini bercita-cita untuk mengurangkan pelepas CO2 sehingga 50% menjelang tahun 2030.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bersempena dengan musim sejuk pada tahun ini, Uniqlo telah memperkenalkan jaket Furry Fleece Zip yang dihasilkan 100% menggunakan polyester hasil botol yang dikitar semula.

Selain itu, Fast Retailing turut melancarkan Uniqlo Studio yang membolehkan pengguna mencuba produk keluaran Uniqlo LifeWear dengan lebih mudah yang bertempat di London.

Mengulas mengenai rancangan masa depan Uniqlo, syarikat ini komited untuk meneruskan visi mereka dalam menawarkan lebih banyak lagi produk yang dihasilkan daripada bahan kitar semula sekaligus mengurangkan pelepas gas CO2.