Setelah mengumumkan berita ini bulan lalu, hari yang dinantikan telah tiba apabila cawangan pertama Uniqlo Roadside Store akan dibuka kepada umum bermula esok.

Uniqlo DA Square akan menawarkan pakaian serta aksesori terkini jenama ini di kawasan berkeluasan 15,100 kaki persegi. “Uniqlo DA Square ini direka khas untuk memastikan lokasi ini mudah diakses oleh semua termasuklah kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang upaya. Disebabkan itu, ruangan satu tingkat ini menawarkan pilihan terbaik untuk semua,” kata CEO Uniqlo Malaysia, Yuki Yamada.

Bukan itu sahaja, Malaysia adalah negara ke-5 di luar Jepun yang mempunyai butik khas seperti ini selepas Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina. Susunan kategori pakaian juga dibuat mirip roadside store yang ada di Jepun untuk pengalaman membeli belah yang lebih selesa dan tersusun.

uniqlo 3 kids
Ruang baju untuk kanak-kanak
Uniqlo 2 Bedding
Ruang untuk cadar AIRism bilik tidur anda
Uniqlo 4 utme
Ruang UTme! untuk anda buat ‘custom design’

Selain itu, Uniqlo DA Square turut menjadi butik pertama Uniqlo mempunyai pameran untuk cadar AIRism untuk bilik tidur anda. Untuk anda yang mahu customize sendiri rekaan, ada ruangan UTme! untuk anda berkarya pada baju dan tote bag. Khidmat ini cuma ditawarkan di sini dah butik Uniqlo Fahrenheit 88 sahaja.

Khas bagi meraikan pembukaan rasmi Uniqlo DA Square, 500 pelanggan pertama (setiap hari dari 18-20 Disember) yang hadir ke butik ini akan menerima goodie bag khas. Untuk anda yang membuat pembelian RM200 dalam satu resit pula akan mendapat beg cantik Uniqlo U secara percuma.

uniqlo free

UNIQLO DA Square Roadside Store
Alamat: A-G-1, Lot 2005, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

Jika anda peminat setiap jenama ini, lokasi ini memang selesa dan cantik untuk gambar OOTD anda. Rasa persis berada di Jepun bila ambil gambar di sini nanti.

Ini pula berita lain berkaitan Uniqlo Klik pada pautan di bawah.

Netizen Muak Perangai ‘Reseller’ Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish

Uniqlo Mula Jual Beg ‘Eco-Friendly’ Minimalis Berharga RM7.90 Sahaja

5 Sebab Mengapa Modanisa.com Bakal ‘Hit’ Di Malaysia