Pembatalan taman tema jenama Fox di Genting Highland pastinya mengecewakan rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu pembukaan taman tema ikonik ini. Akan tetapi, baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan dua syarikat akan mengambil alih projek yang terbengkalai disebabkan oleh 20th Century Fox.

Dikhabarkan bahawa Universal dan Six Flags akan menyambung projek tersebut. Akan tetapi, perkara tersebut belum diketahui kebenarannya dan jika Universal mengambil alih projek tersebut, ianya bukan sesuatu yang mengejutkan. Untuk pengetahuan anda, Universal Studios Singapore dimiliki dan dikendalikan oleh Genting.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, sekiranya Genting mahu bekerjasama dengan Six Flags, ia juga mungkin bukan satu perkara yang mengejutkan kerana kredibiliti yang Six Flags dalam membawa masuk permainan yang laju dan mencabar ke Malaysia. Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Pastinya perkara ini memberikan khabar gembira buat rakyat Malaysia yang dah lama menantikan pembukaan semula taman tema Genting. Kes saman antara Genting, Disney dan Fox masih berlangsung dan kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan situasi ini.

Sumber