Rasanya ramai yang teruja dan ternanti-nantikan filem Fast & Furious 9 di pawagam. Pastinya ramai yang rindu melihat aksi gempak pemanduan setiap watak dalam filem siri Fast & Furious.

Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi kerana poster khas filem Fast & Furious 9 telah dikongsikan oleh Universal. Dapat dilihat pada poster yang dikongsikan tajuk filem ini iaitu Fast & Furious 9: The Fast Saga.

Apabila sebut ‘Saga’, pasti ada daripada anda yang tertanya-tanya sama ada filem ini adalah filem terakhir untuk franchise Fast & Furious atau sebaliknya. Malah, setiap karakter penting dalam filem ini turut tampil dengan poster tersendiri.

Jadi, apa kata lihat poster-poster tersebut di bawah ini dan watak baru yang menampilkan John Cena turut ada dalam poster.

Gj2y7Zpw

X7dSsQag

ig7NHdWw

AdFuOZyQ

LbiMpovA

XlJmAStg

Fzai81qw

Bagi anda yang tidak tahu, filem ini akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Vin Diesel, John Cena, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron dan Helen Mirren.

Difahamkan trailer Fast & Furious 9: The Fast Saga ini akan dikongsikan malam ini. Sama-sama kita nantikan trailer pertama filem ini sementara menantikan ia di pawagam pada 21 Mei 2020 ini.

Tidak tahu ingin tonton filem apa di pawagam? Apa kata klik pautan di bawah untuk baca review filem di pawagam sekarang.

Kebolehan Luar Biasa Robert Downey Jr. Terjawab Dalam Dolittle

Playing With Fire Karya Yang ‘Fun’ Dan Padat Dengan Pengisian

Anda Mungkin Suka