Setelah kejayaan Atta Halilintar sebagai YouTuber muda yang pertama di Asia Tenggara dengan subscriber 10 juta, semakin ramai anak muda yang menunjukkan minat sebagai content creator di YouTube.

Melihat minat yang mampu berubah menjadi kerjaya, Universitas Pembangunan Nasional “Veteran” Jakarta (UPNV) mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kursus khas untuk golongan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Populasi Indonesia yang terlalu padat dan menyukarkan pelajar untuk meneruskan pelajaran pada peringkat universiti menjadi sebab tambahan UPNV menawarkan kursus dengan kelayakan istimewa ini. Antara subjek yang akan ditawarkan ialah ekonomi, sains politik dan sosial, perundangan, kejuruteraan dan pengkomputeran.

Buat masa ini, hanya individu yang mempunyai 10,000 subscriber dengan tontonan video sebanyak 10,000 views sahaja layak untuk memohon kursus ini. Pemohon yang layak perlu menjalani ujian ringkas yang memerlukan mereka untuk membuat satu video dengan durasi 5 minit.