Beberapa Universiti terkenal nampaknya telah mula memandang serius dengan mengharamkan penggunaan jam tangan pintar semasa peperiksaan. Seperti sedia maklum, beberapa bulan lagi Apple akan melancarkan jam pintar pertama mereka, situasi ini merisaukan pihak universiti kerana risau jam yang dipakai sebenarnya jam pintar yang membolehkan pelajar meniru ketika peperiksaan.

Di University of London, terdapat 2 kes dimana pelajar didapati meniru dalam peperiksaan dengan menggunakan jam pintar. Walaupun Apple belum melancarkan jam pintar mereka selewat April, terdapat beberapa syarikat telah mula menjual jam berkebolehan melayari internet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada kes ini, pihak universiti bercadang untuk mengharamkan kesemua jam tangan seperti London City University lakukan. Setiap pelajar perlu menanggalkan jam tangan dan telefon pintar ke dalam plastik lut sinar yang disediakan di hadapan dewan.

Bagaimana dengan universiti di Malaysia? Kami ingin tahu, kongsikan bersama kami di ruang komen.

SUMBER RUJUKAN: INDEPENDENT