Satu petisyen telah dilancarkan untuk menuntut agar sebuah iklan kontroversi diturunkan, di mana iklan itu menunjukkan pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Lim Kok Wing sebagai ‘Raja Afrika’.

Papan iklan yang menunjukkan lukisan ilustrasi Lim yang berdiri dengan seekor Cheetah di sebelah kiri dan foto dia dikelilingi oleh pelajar di Sierra Leone di sebelah kanan.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Petisyen “LIM KOK WING UNIVERSITY’S CONDESCENDING BILLBOARD NEEDS TO BE TAKEN DOWN” ini telah dimulakan oleh Sam Chin di Change.org. Dia menyatakan bahawa gambaran daripada iklan itu telah menunjukkan bahawa Lim Kok Wing telah merendahkan pelajar Afrika yang berada di universiti terbabit.

“Penggunaan binatang dan merujuk sebagai ‘raja’ telah mencetuskan idea bahawa Afrika adalah satu hutan yang besar dan menambah ciri-ciri yang salah kepada pelajar.

“Ini seperti menunjukkan bahawa orang kulit hitam perlu diselamatkan, menindas hak mereka dan secara psikologi meletakkan mereka dalam peranan yang lebih rendah,” tulis Chin di halaman petisyen.

bblkwb1006

Pengguna media sosial turut melaporkan bahawa foto Lim yang dikelilingi oleh pelajar di Sierra Leone telah diubah untuk kelihatan lebih ramai daripada situasi sebenar.

Chin menambah bahawa Universiti Limkokwing perlu menjadi pelindung kepada pelajar Afrika dari diskriminasi dan ketidakadilan, terutamanya setelah salah seorang pelajar PhD mereka Thomas Orhions Ewansiha dari Nigeria meninggal dunia dalam tahanan polis pada tahun 2019.

Petisyen itu telah mengumpulkan lebih dari 2,500 tandatangan pada petang ini dan dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman turut menurunkan tandatangan bagi menyokong papan iklan ini diturunkan.

Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan di laman Twitter menyatakan bahawa mereka telah menurunkan papan iklan tersebut dan sesal dengan ‘salah faham’ yang berlaku.

“Kami ingin mengucapkan maaf yang tulus atas segala salah faham yang ditimbulkan. Kami bersatu menentang perkauman dan kami tidak membenarkan tindakan diskriminasi terhadap kaum tertentu. Di Universiti Limkokwing, kami mengakui, menghormati, merangkul, dan meraikan perbezaan kami,” tulis mereka.

Terdahulu, bekas Miss Malaysia pernah dikecam oleh netizen selepas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di laman Instagram. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Berang, Bekas Miss Malaysia Kata Orang Afrika-Amerika ‘Pilih Untuk Dilahirkan Hitam’

Dakwa Kematian George Floyd Ada Kaitan Dengan Freemason, Ini ‘Bukti’ Yang Dibongkarkan Netizen

Rakyat Malaysia Turun Padang, Bantu Bersihkan Kota Minneapolis Selepas Protes George Floyd

Anda Mungkin Suka