Kecemerlangan dan prestasi graduan Universiti Malaya (UM) di dalam mahupun diluar negara sudah tidak dapat dinafikan lagi. Buktinya, baru-baru ini UM berjaya menduduki tangga ke-55 dalam Times Higher Education bagi kategori universiti terunggul di Asia Pasifik.

UM Asia Pacific
sumber: Times Higher Education

UM berkongsi tempat ke-55 dengan Sun Yat Sen University China masing-masing dengan skor terkumpul sebanyak 47.7 mata. Skor tersebut dinilai berdasarkan 5 kriteria pemilihan iaitu teaching, research, citation, industry income dan international outlook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

UM bersaing dengan 300 universiti lain dari 13 negara Asia Pasifik, Asia Timur dan Australasia. Selain UM, terdapat 10 buah universiti awam lain di Malaysia turut tersenarai di dalam kategori yang sama.

71550732908_freesize
sumber: astro awani

Tahun ini Tsinghua University China berjaya merampas kedudukan National University of Singapore yang menduduki tangga pertama tahun lepas manakala University of Melbourne, Australia menduduki tangga ke-3 dan dua buah universiti dari Hong Kong berjaya menduduki tangga ke-4 dan 5.

capture-20190222-145114
sumber: times higher education