Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020 yang dikeluarkan semalam menunjukkan peningkatan prestasi Universiti Malaya. Tahun ini dengan peningkatan 17 anak tangga, Universiti Malaya berjaya menduduki tangga ke-70 berbanding tahun lepas.

capture-20190619-123844

Timbalan Canselor Universiti Malaya, Datuk Abdul Rahim Hashim menerima berita gembira ini dan berkata Universiti Malaya akan terus memberikan yang terbaik disamping meningkatkan kualiti graduan dan kebolehpasaran graduan.

Selain itu, di peringkat Asia pula Universiti Malaya turut menunjukkan peningkatan prestasi pada kedudukan ke-18. Pada masa yang sama, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima pengiktirafan universiti 5 bintang.

capture-20190619-124528

Menurut Pengarah Penyelidikan QS, Ben Stower, univerisiti di Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi yang agak baik untuk edisi ini dan diharapkan agar universiti di Malaysia untuk terus memberikan usaha yang terbaik berikutan dengan persaingan yang semakin sengit baik di peringkat antarabangsa mahupun serantau.

Sumber