Universiti Malaya menandakan kedudukannya di Times Higher Education (THE) dalam Emerging Economies University Rankings 2019 dengan peningkatan dari kedudukan yang ke-27 sehingga memperolehi kedudukan ke-18 yang dikongsi bersama Universiti Tongji China.

Menurut satu kenyataan, Universiti Malaya dikreditkan sebagai salah satu institusi yang terbaik dalam senarai tahun ini yang telah memperolehi kedudukan 20 teratas dengan melepasi semua lima kategori yang dinilai iaitu dari segi pengajaran, penyelidikan, tinjauan antarabangsa, kutipan dan pendapatan industri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Dewan_Tuanku_Canselor_Universiti_Malaya_in_Kuala_Lumpur2710
Sumber: malay mail

Keseluruhannya, Malaysia mempunyai 11 institusi yang diwakili dalam ranking tersebut, yang semakin bertambah daripada hanya sembilan institusi pada tahun lepas. Ini adalah pencapaian yang terbaik buat Malaysia dengan mempunyai lapan universiti yang mendapat kedudukan di antara 200 teratas di seluruh dunia.

Pada peringkat keseluruhan untuk tahun 2019, ianya melibatkan 450 universiti yang meningkat daripada hanya 378 universiti pada tahun lepas dimana ianya melibatkan 43 negara di empat benua.

Berikutan dengan pencapaian ini, Malaysia haruslah memastikan bahawa universiti yang ada di negara ini menerima pelaburan yang mencukupi untuk maju dalam pasaran pendidikan tinggi global yang semakin kompetitif.

160205_UTP_Web-e1454637562160
Sumber: GDP Architects

Selain Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas berjaya tersenarai dalam kedudukan 60 teratas dengan penambahbaikan yang dikhususkan di semua bidang kecuali pada bidang pendapatan industri. Manakala Universiti Teknologi Malaysia juga telah meningkatkan prestasinya dengan memanjat 15 kedudukan untuk mendapatkan tempat ke-86.

Di peringkat global, China mendominasi kedudukan 2019 dengan 72 institusi yang diwakili, bertambah dari 63 institusi yang diwakili pada tahun lepas. Universiti ini juga menguasai empat daripada lima kedudukan tertinggi.