Pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin iaitu Menteri Luar Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand duduk bersama-sama di dalam dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar Negara di Bangkok, Thailand untuk mementerai satu dokumen persetujuan yang akan membawa kebaikan kepada negara-negara serantau.

Menerusi dokumen itu, maka lahirlah Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Lima Menteri-menteri Luar ketika itu yang menandatanganinya adalah Adam Malik dari Indonesia, Narciso R. Ramos dari Filipina, Tun Abdul Razak dari Malaysia, S. Rajaratnam dari Singapura, dan Thanat Khoman dari Thailand.

Mereka boleh dianggap sebagai Bapa Pengasas ASEAN kerana paling berjaya menyatukan negara-negara Asia Tenggara menjadi satu organisasi yang besar dalam usaha membantu antara satu sama lain bagi mencapai status Negara Membangun. Dokumen perjanjian ini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN.

Universiti Malaysia Terengganu menjadi tuan rumah untuk Asean Youth Carnival 2016 yang berlangsung selama 2 hari dimana hari perasmian program tersebut telah dilancarkan pada 10 Mei baru-baru ini dan majlis penutupannya pula pada 11 Mei 2016.

Perasmian Asean Youth Carnival 2016 telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT iaitu Prof Dato’ Dr.Nor Aieni binti Haji Mokhtar di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.

asean umt 2

Di Asean Youth Carnival 2016 ini terdapat pelbagai persembahan budaya termasuklah sesi memperagakan setiap pakaian-pakaian kebangsaan negara-negara ASEAN. Selain itu, program ilmiah seperti forum, pameran, kuiz dan sesi soal jawab bersama pelajar turut diadakan.

Penganjuran itu turut memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan maklumat berhubung sejarah penubuhan Asean.

asean umt 1

Selain itu, mereka juga terdedah dengan kepentingan penubuhan itu di rantau ini dan perkembangan terkini Asean terutamanya berkaitan politik, ekonomi, sosial budaya dan peranan kepada keselamatan dan kemakmuran rantau Asean.

Keratan akhbar:

mendapat liputan dari Utusan Malaysia