Anda di saman oleh pihak universiti kerana meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya? Dan anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar saman tersebut? Jangan risau! Gunakan mentega kacang dan jeli.

Ya, anda tidak tersalah baca.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Universiti Alaska Anchorage telah memberi peluang kepada pelajarnya yang gagal membayar denda – terutamanya pelajar yang mempunyai masalah kewangan – untuk membayar dengan menggunakan mentega kacang dan jeli.

Tujuan ia dilakukan adalah bagi menampung kos tiket yang tinggi serta membantu para pelajar yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Segala makanan yang disumbangkan kepada pihak universiti akan terus diagihkan kepada pelajar yang memerlukan.

Universiti akan mengutip satu balang mentega kacang dengan harga denda sebanyak RM40, tiga balang untuk denda RM145 dan lima balang untuk denda RM160.

Perkara ini mungkin nampak lucu, tetapi ia adalah idea yang baik untuk kebajikan para pelajar dan patut dicontohi oleh universiti tempatan.

Berikut adalah cerita lain mengenai universiti yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Universiti Di Thailand Ini Tawarkan Jurusan Berkaitan Ilmu Ganja

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia

Ini Respon Syed Saddiq Berkenaan Isu Graduan Protes Ketika Konvokesyen Universiti Malaya

Sumber