Menyebu tentang Apple pastinya ramai yang membayangkan harganya yang premium dan mahal berbanding telefon pintar keluaran model lain. Sebelum ini Apple turut menjadi syarikat pertama dengan penawaran telefon pintar berharga $1,000 sebelum menjadi ikutan jenama lain.

Terbaru, Apple telah mengambil langkah untuk mengurangkan kos penghasilan iPhone dan Macbook dimana pembekal dari China telah dipilih. Pembekal yang dilaporkan iaitu Desay Battery Technology akan menghasilkan bateri buat iPhone. Untuk pengetahuan anda sebelum ini pembekal yang dipilih Apple berasal dari Taiwan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iphone-x-z4

Bersesuaian dengan misi Apple untuk mengurangkan kos, harapnya model-model keluaran Apple selepas ini melibatkan iPhone dan Macbook dapat ditawarkan dengan harga yang lebih rendah selepas ini.

Sumber