Sebuah berita yang mengagumkan dan menggembirakan buat warga Telekom Malaysia (TM) selepas syarikat telekomunikasi serta penawar jalur lebar ini berjaya mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan sepanjang 2019.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd meningkat sebanyak 313% berbanding tahun 2018 dengan jumlah RM632.67 juta.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →
200114-TM-Logo-Booth

Sumber: Soya Cincau

Difahamkan kemahiran TM dalam mengemudi syarikat dengan pengurangan kos operasi antara yang membantu syarikat ini mengaut keuntungan yang tinggi pada tahun.

Keuntungan unifi pada tahun 2019 walau bagaimanapun mencatatkan jumlah jualan yang lebih rendah berbanding tahun 2018 dengan pengurangan sebanyak 10.8% daripada RM5.32 bilion kepada RM4.74 bilion. Pengurangan ini keuntungan ini dikatakan berpunca kepada pelarasan harga baharu buat Streamyx pada September 2019.

Terbaharu, syarikat ini dilaporkan sedang giat dalam proses menawarkan rangkaian 5G serta berusaha meningkatkan tenaga mahir dalam sektor ini. Sama-sama kita nantikan pelan terbaharu daripada TM dalam menawarkan internet yang lebih berbaloi serta rangkaian yang lebih luas buat para pengguna.

Berdasarkan laporan kewangan 2018, keuntungan TM dilaporkan turun sebanyak 83.52 sebelum kembali meningkatkan keuntungan sebanyak 313% pada tahun 2019.

Keuntungan Bersih Telekom Malaysia Turun 83.52 Peratus

Tawaran Unifi Mobile 99 Dengan Harga RM59 Sebulan Diteruskan Sehingga 31 Mac 2020

Anda Mungkin Suka