57,000 pemegang saham awam Top Glove Corporation Bhd bakal mendapat durian runtuh apabila syarikat yang bertanggungjawab membuat sarung tangan getah telah mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen, membabitkan bayaran lebih kurang RM691.8 juta.

Berikut daripada prestasi luar biasa yang dicatatkan kumpulan tersebut bagi suku keempat berakhir 31 Ogos, 2020.

Top Glove dalam satu kenyataan menyatakan bahawa prestasi tahun kewangan 2020 mencerminkan kecemerlangan dari tahun ke tahun dengan jangkaan kenaikan dalam permintaan sarung tangan dilihat berterusan.

Syarikat terbabit menambah bahawa bagi tahun kewangan 2021, Top Glove teruja untuk mewujudkan paras tertinggi baharu bagi tahun hadapan.

Kenyataan tersebut menyebut bahawa dividen tahun kewangan 2020 mencecah kepada 11.8 sen sesaham membabitkan jumlah bayaran sebanyak kira-kira RM961.2 juta.

Jumlah dividen 11.8 sen mewakili peningkatan sebanyak 9.3 sen atau 373 peratus daripada tahun kewangan 2019 – nisbah pembayaran keuntungan bersih sebanyak 51 peratus.

Top Glove berjaya mencatat keuntungan bersih dari tahun ke tahun dengan lonjakan sebanyak 417 peratus pada tahun kewangan 2020 kepada RM1.86 bilion.

Lonjakan ini didorong dengan permintaan sarung tangan getah yang tinggi disebabkan pandemik COVID-19 dengan pertambahan daripada RM4.8 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2019 kepada RM7.23 bilion.

Untuk suku keempat 2020, keuntungan bersih naik kepada RM1.29 bilion berbanding hanya RM74.16 juta pada suku keempat 2019, manakala pendapatan pula bertambah kepada RM3.1 bilion daripada RM1.18 bilion.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Tempahan Tanpa Henti Hingga April 2021, Top Glove Bakal Muncul Lima Saham Teratas Bursa

Top Glove Ambil Tempat Public Bank, Jadi Syarikat Kedua Dengan Saham Paling Berharga Di Bursa Malaysia

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia