Chef selebriti terkenal, Chef Wan memaklumkan bahawa dia mengambil jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah yang menghidap penyakit Demensia.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkongsi maklumat itu di Instagram miliknya dan berkata, jururawat khas itu bekerja pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Manakala, Chef Wan menyatakan hampir RM6,000 untuk upah bulanan jururawat tersebut.

Baca Juga:

Tambahnya lagi, dia berasa senang dan gembira apabila ada orang menemani ibunya di rumah dan menjaganya dengan selamat. Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan duit itu boleh dicari tetapi ibunya hanya seorang di dalam dunia ini.

Malah, Chef Wan yang berusia 64 tahun itu turut berpesan kepada orang ramai untuk menjaga ibu mereka dengan baik dan beri kebahagian, keselesaan dan kasih sayang sepenuhnya.

“Tak payahlah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” tulisnya.