Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Upin & Ipin: KST) yang berjaya meraih RM5.3 juta dalam hanya 4 hari berada di pawagam akan turut ditayangkan di Indonesia dan Vietnam.

Baca lagi: ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Catat Kutipan RM5.3 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Upin & Ipin akan ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia termasuk Cinema XXI pada 9 Mei 2019. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat industri perfileman negara kerana Upin & Ipin: KST yang akan ditayangkan nanti bakal menjadi filem pertama dari Malaysia yang ditayangkan di Cinema XXI.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Radzi di laman sosial Facebook miliknya Rabu lalu. Untuk pengetahuan anda, pawagam XXI merupakan anak syarikat ‘Cinema 21’, rangkaian pawagam terbesar di Indonesia.

Cinema XXI terbahagi kepada dua jenis pawagam iaitu premier (37 buah) dan studio biasa (100 buah) di seluruh Indonesia. Bagi anda yang belum menonton filem Upin &amp Ipin, ambil peluang cuti sekolah ini dan bawa anak anda ke pawagam.

BACA: Animasi Dari Indonesia Tiru Upin & Ipin?