Atas sokongan padu rakyat Malaysia untuk filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Upin & Ipin: KST), filem ini telah membuat kutipan lebih RM25 juta dalam masa 3 minggu sahaja. Kutipan ini secara tidak langsung menjadikan filem Upin & Ipin: KST sebagai animasi dengan kutipan paling tinggi di Malaysia setakat ini.

Upin & Ipin: KST turut mengalahkan kutipan yang dibuat oleh filem animasi antarabangsa iaitu Incredibles 2. Upin & Ipin: KST juga akan memasuki pasaran Indonesia pada bulan hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, Upin & Ipin: KST bukan sahaja akan ditayangkan di negara Asia Tenggara, tetapi mungkin di negara Asia yang lain seperti Korea Selatan dan juga Jepun. Malah, berdasarkan posting yang dibuat pihak Les Copaque, mereka sedang dalam perbincangan untuk membawa Upin & Ipin: KST ke pawagam China.

Begitulah berkualitinya filem Upin & Ipin: KST sehingga banyak negara yakin dengan kebolehan filem ini. Semoga segala urusan Les Copaque untuk menayangkan animasi ini di luar negara dipermudahkan.