Jika anda masih ingat mengenai penahanan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim lima tahun lepas yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Kini penantian beliau mengenai peluang pendidikannya telah berakhir setelah beliau menerima surat pembatalan penggantungan dari UPSI. Beliau berkongsi khabar tersebut di Facebooknya dan menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Okay. UPSI hantar surat yang tertangguh lebih 5 tahun. Selamat tinggal rambut panjang, selamat jalan t-shirt round neck.Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.

Posted by Adam Adli on Monday, 11 June 2018

Melalui surat tersebut, pihak universiti telah dimaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan telah membersihkan namanya dari dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 mengenai ucapan yang dikatakan berbaur ugutan beberapa hari selepas BN memenangi PRU13 lima tahun lepas.

Beliau dikenali dengan kepimpinannya dalam menyuarakan perjuangan mahasiswa termasuk isu Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group