Nota Editor: 4 alasan kenapa ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A ini telah dikongsikan oleh Azmira Amran, seorang pelajar di University of Oulu, Finland dalam jurusan International Master Programme in Education and Globalisation.

Semoga ini dapat membuka mata kita tentang pentingnya mengejar ilmu dan bukan semata-mata mengejar A. Ikuti perkongsian menarik beliau di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A

Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc.

Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni.

Tapi sila telan sebab pahit:

1. Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking.

Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland.

Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas ‘belakang’. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia.

Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum.

Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid-murid telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress.

So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia ‘kurang sikit’ dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

upsr-2015-2

2. Jenis ilmu yang dipelajari.

Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based.

Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu.

Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tapi tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really?

Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?

3. Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan.

Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa.

Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place?

Siapa yang buat sistem kasta ni? Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa-paksa anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling?

Bila kementerian nak abolish UPSR, masing-masing mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

4. Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri.

Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja.

Ibu-ibu melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress.

Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd – FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.

Baca: Realiti Ramai Ibubapa Teruja Dengan Bilangan A UPSR Anak Sampai Terlupa Akan Nilai-Nilai Ini

upsr-2015-3

Sekolah start pukul 9, sementara tu main bola dulu

Lepas baca yang di atas mesti berapi-api kan? Saya pun rasa cam nak mati duk sini menelan pahitnya kebenaran. Tapi telan juga, pastu tulis untuk beritahu semua.

Anyway, bawa api tu untuk steps selanjutnya. Saya bukan pakar, bukan orang berlagak ilmu, bukan sapa-sapa pun lah. Saya Azmira aje. So saya nak tulis steps yang boleh kita buat lepas dah berapi-api baca pos lepas sebab saya kena bertanggungjawab dengan pos yang saya tulis.

Memang pahit untuk ditelan. Tapi atas semangat cintakan Malaysia, jom tengok apa yang kita boleh buat untuk sementara ini:

Soalan:

1. Apa yang kita nak buat now? I orang kecil je.

Change comes from within. First-first sekali, kita ubah mindset kita. Terapkan budaya cintakan ilmu, bukan gred, dalam diri kita dan orang sekeliling kita.

Ada org tak mampu di sekolah, tapi cemerlang di luar. Kenapa? Sebab kepandaian dia di bidang lain (sila Google multiple intelligences by Gardner jika belum tahu) tapi tidak di ‘test’ di sekolah.

Jadi boleh nampakkan kenapa gred A tak penting, tapi ilmu lebih penting? Kalau anda pentingkan ilmu, secara tak langsung A akan datang berderet-deret.

Tap[ kalau tak dapat A pun, semak semula apa benda baru yang ada dah belajar. Compare diri dengan diri sendiri yang lepas, bukan dengan orang lain.

upsr-2015-4

2. So mcm mana nak ubah kementerian?

Jangan lupa kementerian pun orang juga. Kawan kita juga, jiran kita juga. Saya pun bawah kementerian sebelum sambung belajar kat sini.

Terapkan dalam minda, “kalau saya boleh nampak ni, mesti orang lain pun boleh”. Guna pendekatan penuh kasih sayang bila nak mengubah sesuatu.

Persuade, bukan paksa. Negotiate, bukan maki. Memang kena ada banyak kesabaran, tapi tu la. Sabar yo la.

Kalau kita ubah mindset kita, orang sekeliling pun akan mengikut. Jadi kita buat mcm domino efek, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Persuade diri kita dan rakan-rakan sekeliling dulu untuk nampak benda yang kita nampak. Dalam seribu kawan kita tu, mesti ada yang kerja dalam kementerian yang mempunyai kuasa utk menerima feedback dan memperbaiki sistem.

3. Banyak sangat ubah-ubah dalam kementerian, murid-murid pening.

Betul. Kebanyakan negara maju, ubah kurikulum 10 tahun sekali. Tapi pembaikan dibuat dengan kerap. Jadi, jika ada pembaharuan dalam sistem Malaysia, baca dulu, jangan kutuk dulu.

Ramai kat Malaysia suka jump into conclusion tanpa membaca. Ramai je yang komen semalam tapi tak baca pun apa saya tulis. Pehtu nak kena explain banyak-banyak kali. Penat okey.

Dah la free. Saya charge sorang singgit kang korang kata tamak harta pula. Okey lepas dah baca pembaharuan tu, fahamkan dulu. Tengok negara-negara lain pula.

Dah dapat input, kita suarakan pada tempat-tempat yg ramai orang dengar, contohnya group-group education yang berlambak di FB ni. Bila ramai dah aware, ramai yang akan lebih terbuka dengan perubahan.

4. Kita pindah Finland la macam ni.

Tak selesaikan masalah. Menuntutlah ilmu sampai ke negara China pehtu baliklah korang ke negara masing-masing. Change is possible. Rujuk no 1.

5. Step yang paling penting.

Belajar memaafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain. We learn from mistakes. Sebab tu mistakes sangat precious, baru kita boleh maju ke depan

Written with much love and respect

Baca lagi: Anak Tak Dapat 5A Dalam UPSR? Ini Pesanan Dari Seorang Bekas Pelajar Yang Berubah Jadi Luar Biasa Kerana Satu Rahsia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram