Penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak niaga Uptown Danau Kota, Setapak pastinya sudah arif dengan kesesakan lalu lintas akibat ramai pengunjung lebih-lebih lagi hujung minggu.

Berikutan dengan masalah ini, ahli parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew mengumumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sudah menyediakan tapak baharu yang lebih kondusif untuk peniaga.

maxresdefault (1)
Sumber: YouTube Aeman Spaniard

Tapak baharu akan dibina di tapak bersebelahan dengan JPJ Wangsa Maju di Jalan Genting Klang. Tapak tersebut akan mengambil masa selama lebih kurang 2 tahun untuk disiapkan. Buat masa ini, peniaga di Uptown Danau Kota telah diberi arahan untuk berpindah ke Taman Setapak Indah buat sementara waktu bermula 6 bulan dari sekarang.

Perpindahan ini juga dilakukan bagi menyelesaikan masalah pihak penganjur yang mengeksploitasi peniaga dengan mengenakan sewa terlalu tinggi. Ini kerana kesemua urusan peniaga akan dipindahkan sepenuhnya dibawah tanggungjawab DBKL selepas perpindahan dilaksanakan.

Sumber