Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, model Apple iPhone keluaran tahun ini sudahpun menerima pelbagai ura-ura yang boleh dikatakan hampir pasti kesahihannya.

Berdasarkan sumber daripada TrendForce, Apple dijangkakan bakal melancarkan tiga buah model secara serentak pada tahun ini. Model yang dilancarkan ini terdiri daripada tiga saiz skrin yang berbeza iaitu 5.8,6.1 dan 6.5-inci. Setiap model ini bakal hadir dengan saiz storan serendah 64 GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot-2018-08-10-at-01.26.25

285328001534149521

Menyoal dari segi harga, dikatakan model Apple iPhone 6.1-inci yang hadir dengan paparan LCD bakal mula ditawarkan dengan harga sekitar $599 (~RM2,449.73)  sekaligus menjadikan model dengan harga terendah pada keluaran tahun ini. Model iPhone 6.5-inci pula dikatakan bakal ditawarkan dengan harga sekitar $999 (~RM4,085.61) serta bakal turut menyokong Apple Pencil.

Agak menarik untuk menyaksikan mampukah model Apple iPhone 6.1-inci melonjakkan lagi jualan Apple jika ianya ditawarkan pada harga RM3,000 dan kebawah. Adakah anda salah seorang yang bakal mendapatkannya?

Baca lagi: Apple iPhone Terbaru Bakal Hadir Dengan Dwi-Sim

Sumber