Apple iPhone 7 mungkin baru sahaja dilancarkan 3 bulan yang lalu, namun ura-ura mengenai Apple iPhone terbaru sudah banyak tersebar. Mungkin untuk membuatkan ‘iPhone 10th anniversary’ lebih hype, pelbagai   ura-ura Apple iPhone terbaru hadir lebih awal daripada apa yang kami jangkakan.

Berikut merupakan 3 rumours terkuat setakat ini mengenai perubahan yang bakal hadir pada Apple iPhone 2017.

  1. iPhone Jet White

Berita mengenai iPhone terbaru dengan warna Jet White sekali lagi menjadi ‘hot’ berikutan video yang baru sahaja tersebar. Pengumuman warna Jet White pada Apple iPhone terbaru ini juga bakal menjadi cubaan Apple kali ketiga berturut-turut selepas mengumumkan warna Rose Gold pada iPhone 6s dan iPhone 7.

Berikut merupakan pandangan awal jika iPhone terbaru hadir dengan warna Jet White? Adakah Jet White bakal menjadi fenomena warna terbaru selepas warna ‘Jet Black’?

Menariknya mengenai berita ini adalah iainya dilaporkan oleh Mac Otakara. Sebuah laman web terawal yang melaporkan mengenai kehadiran iPhone 7 tanpa headphone jack. Kemungkinan juga iPhone bakal hadir dengan rekabentuk yang sama untuk model terbaru.

2. Saiz skrin yang berbeza

Dilaporkan Apple bercadang untuk merapatkan jurang saiz skrin diantara kedua-dua modelnya. iPhone terbaru kemungkinan tidak lagi menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci malah bakal digantikan dengan saiz skrin 5.0-inci. Untuk model Plus, saiz skrin 5.5-inci bakal dikekalkan.

Mungkin disebabkan perbezaan saiz, model iPhone terbaru bersaiz 5.0-inci turut menggunakan dual-lens seperti mana iPhone 7 Plus. Mac Otakara sekali lagi menjadi saksi mengenai rumours ini.

3. iPhone pertama tanpa home button

Ketiadaan butang yang sangat iconic ini mungkin mengundang perasaan tidak puas hati dikalangan peminat Apple apatah lagi butang ini sudah menjadi trademark buat Apple iPhone sejak model pertama diumumkan Steve Jobs.

Jika Tim Cook bercadang untuk membuang physical pada home button, iPhone terbaru mungkin bakal digantikan dengan capacitive touchscreen sekaligus memberikan ruang buat Apple merapatkan jurang skrin dengan bezel membuatkan iPhone kelihatan lebih compact.

Sumber