Pasukan gergasi J.League, Urawa Red Diamonds berjaya mengulangi pencapaian 10 tahun lalu apabila muncul sebagai juara AFC Champions League 2017 selepas menewaskan Ah Hilal Saudi FC dengan ageregat 2-1.

Kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1 selepas perlawanan akhir pertama di Riyadh minggu lalu hasil jaringan Rafael da Silva dan Omar Khribin.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Rafael da Silva sekali lagi muncul sebagai wira apabila gol tunggal perlawanan akhir kedua di Saitama Stadium 2002, memberikan kelebihan agregat 2-1 kepada Urawa Reds.

2017-11-26_1-04-41

Dengan kemenangan itu, Urawa Reds membawa pulang hadiah kemenangan USD3,000,000 disamping 2 trofi individu lain yang dimenangi oleh Yuki Abe dan Yosuke Kashiwagi.

Choreography Hebat Yang Mengagumkan!

Penyokong Urawa Reds sememangnya terkenal dengan pelbagai choreography yang unik dan menarik perhatian.

Kami cukup kagum dan teruja melihat mereka mampu untuk melakukan choreography ini kerana semua penyokong yang hadir terlibat dalam menjayakannya.

Lihat sahaja gambar-gambar dibawah, dimana ketika pemain mula masuk ke padang, 1 stadium mengangkat kertas yang telah disediakan untuk mencipta choreography yang mengagumkan ini.Padu!

23847580_726837410835466_5293335416749112168_o

Ketika pemain sedang berarak masuk ke padang

23795233_703761019824442_5836965760358290572_n

Pemain dan pegawai perlawanan bersedia untuk masuk

23843280_800261410166441_5267038596200896128_n

Choreography logo Urawa Reds dan trofi AFC Champions League

Urawa Reds Layak Ke FIFA Club World Cup 2017

Dengan kemenangan itu juga, Urawa Reds akan mewakili Asia dalam kejohanan FIFA Club World Cup 2017 yang akan dilangsungkan di UAE bermula 6 Disember 2017.

Antara kelab yang bakal menyertai kejohanan itu adalah:

  1. Real Madrid – Juara UEFA Champions League
  2. Urawa Reds – Juara AFC Champions League
  3. Wydad Casablanca – Juara CAF Champions League
  4. Pachuca – Juara CONCACAF Champions League
  5. Auckland City – Juara OFC Champions League
  6. Al-Jazira – Juara UAE Pro-League
  7. Gremio / Lanus – Juara Copa Libertadores

Anda Mungkin Suka