AFC Champions League, adalah kejohanan elit dan paling berprestij untuk semua kelab bola sepak di Asia, yang menawarkan ganjaran yang hebat kepada pasukan yang layak menyertainya. Musim 2017, Urawa Reds adalah juara AFC Champions League.

Vocket FC telah membuat analisa ringkas berkenaan perolehan pasukan Juara AFC Champions League 2017, Urawa Reds sepanjang 10 perlawanan mereka dalam kempen 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nota: Pengiraan ini adalah berdasarkan manual regulasi pertandingan AFC Champions League 2017 yang dikeluarkan oleh pihak AFC.

Peringkat Kumpulan: Selepas melalui 6 perlawanan diperingkat kumpulan, Urawa Reds telah mencatatkan 4 kemenangan dan 2 kali kalah.

Berdasarkan sistem bonus prestasi yang dikeluarkan oleh AFC, setiap kemenangan akan menerima bonus USD50,000, dan ini bermakna Urawa Reds telah meraih USD200,000 bonus hasil 4 kemenangan.

Pusingan 16: Urawa Reds muncul sebagai juara kumpulan F dalam saingan AFC Champions League 2017, seterusnya layak ke pusingan 16 terbaik.

Urawa Reds mara ke peringkat suku akhir, selepas berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Jeju United dengan agregat 3-2

Bonus prestasi untuk semua pasukan yang mara ke pusingan ini adalah USD80,000

urawa reds afc champions league

Suku Akhir: Selepas berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Jeju United, 2 wakil Jepun bertemu sesama sendiri, dimana Urawa Reds menentang Kawasaki Frontale.

Urawa Reds juga layak ke peringkat seterusnya apabila menewaskan Kawasaki Frontale dengan agregat 5-4.

Sekali lagi bonus untuk semua pasukan yang mara ke pusingan ini adalah bernilai USD120,000.

Separuh Akhir: Shanghai SIPG mara ke peringkat separuh akhir untuk mencabar Urawa Reds, namun mereka terpaksa akur kepada kekalahan 1-2 kepada wakil Jepun itu.

Semua pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir akan menerima USD200,000

Akhir: Apabila layak ke peringkat ini, tiada bonus diberikan kerana hadiah untuk juara dan naib juara telah disediakan.

Urawa Reds selaku Juara AFC Champions League 2017 menerima USD3,000,000 manakala Al-Hilal dari Arab Saudi menerima USD1,500,000.

urawa reds afc champions league

Secara keseluruhannya, Urawa Reds telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD3,600,000 (RM14.69 juta) hasil dari penyertaan mereka dalam kempen AFC Champions League 2017.

Muangthong United raih RM1.56 juta dari kempen AFC Champions League 2017.

Nota editor: Jumlah diatas adalah tidak termasuk subsidi perjalanan USD90,000 untuk peringkat kumpulan, USD30,000 untuk pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir serta USD60,000 bagi perlawanan akhir – berjumlah USD180,000.

Selain itu, ia masih belum ditambah dengan bayaran hak penyiaran untuk perlawanan Urawa Reds dalam aksi AFC Champions League 2017.