Pertama kali nak travel ke India?  Suka untuk saya kongsikan sekali lagi tentang 30 cabaran yang perlu anda hadapi jika ke sana. Antara perkara paling penting untuk anda tahu ialah ‘kekotoran adalah perkara biasa di India’.

Baca: 30 Cabaran Yang Bakal Anda Lalui Apabila Travel Di India

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercerita melalui pengalaman saya sendiri, apa yang boleh saya katakan, tahap kekotoran di India boleh tahan teruk. Jika ini adalah kali pertama anda mahu ke India, ada eloknya bersiap sedia dari awal. Baik dari segi mental dan fizikal.

Untuk penginapan pula, kebanyakkan hotel-hotel di India tidaklah senyaman seperti apa yang anda lihat dalam gambar. Oleh itu, jika anda mahukan penginapan yang selesa dan bersih, saya cadangkan anda cuba hotel ini.

Hotel yang dimaksudkan ini ialah hotel Urbanpod, hotel kapsul yang pertama di India. Melalui review yang saya baca di forum oleh traveller seluruh dunia, hotel kapsul ini lebih bersih dan selesa jika hendak dibandingkan dengan kebanyakkan hotel yang ada di sana.

Mungkin kerana ia masih baru dan terjaga, saya kira ia adalah pilihan penginapan yang ideal untuk dipertimbangkan. Urbanpad hotel kapsul ini terletak di Mumbai, kira-kira 3.3 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Mumbai, India.

Selain menwarkan rekabentuk yang futuristik, hotel ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, wifi percuma dan tempat pakir percuma. Terdapat sebanyak 140 unit kapsul di sini dengan 3 pilihan pakej yang berbeza iaitu Suite Pods, Private Pods, dan Exclusive Pods.

Harga untuk satu malam jika ditempah melalui laman booking.com lebih kurang dalam RM120-RM150. Melihat dari segi fasiliti yang ditawarkan, saya rasa ia sangat berbaloi jika anda memang jenis yang suka utamakan keselesaan.

Tinjau dengan lebih detail mengenai hotel kapsul berteknologi ini melalui video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=b5LiEIKvxCc