Family financial management. Apabila dah mula berkeluarga, budget semua dah kena bahagi sebahagian besar untuk famili.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Ada yang mesej bertanya macam mana nak bahagi masa, duit semua. Terus terang income tidaklah besar sangat, tapi kalau pengurusan wang itu betul, insyaAllah semua boleh dirancang.

Isteri saya juga suri rumah sepenuh masa. So elaun kena bagi besar sikit untuknya, supaya dia pun boleh buat dia punya pengurusan wang sendiri. Di sini saya kongsikan bagaimana saya uruskan wang setiap bulan.

Saya guna cara yang sama ramai orang guna. Idea ini saya dapat dari ibu saya, bahagikan wang ikut sampul. Dapat saja gaji, bahagikan siap-siap duit tersebut.

Baki dari duit itu baru guna untuk diri sendiri. Untuk mudah kira, boleh kira dengan income RM1000. Contohnya jika perbelanjaan 1% untuk sekolah anak, bermakna allocate RM10 sebulan.

Belanja setiap bulan (42%)
1. Rumah dan maintainance = 3%
2. Sekolah anak = 1%
3. Poket Kindness = 1%
4. Tabung shopping dan jalan2 weekend = 5%
5. Elaun orang rumah = 23%
6. Bil elektrik, Unifi dan takaful = 9%

Tabung longterm (51%)
1. Tabung sambung belajar = 3%
2. Tabung Kindness niat untuk parents = 2%
3. Tabung bercuti melancong = 5%
4. Tabung investment = 15%
5. Simpanan Tabung Haji = 15%
6. Simpanan Tabung Haji anak = 3%
7. Tabung kecemasan = 8%

Untuk diri sendiri (7%)
1. Duit poket sendiri untuk makan, minyak kereta dan motor = 7%

Ada kelebihan dan kekurangan di sini. Jika ikut budget bulanan ini, saya tak merasa pakai kereta hebat. Saya pakai kereta berumur 12 tahun yang sudah habis bayar tapi masih in good condition. Jadi tidak ada wow factor bila bawa kereta. Saya juga tak beli rumah, sebab orang rumah saya kata cukuplah kita bina rumah di syurga nanti, syukur (gembira).

Oleh itu jika nak start budget duit untuk keluarga, asingkan siap-siap semua duit untuk tabung-tabung tertentu. Baki duit yang ada baru guna untuk diri sendiri.

Jika rasa duit untuk diri sendiri tidak cukup, bolehlah buat side income macam-macam kerja freelance atau kerja income yang mudah seperti ajar tuition atau supply nasi lemak. Boleh tambah percent pada duit poket sendiri.

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Kamarulazizi. Pengasas Kindness Malaysia. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group